Pages

Susah ke nak setup Reban ternakan ayam asli nie?

Salam ,

Apakhabar kepada pelawat blog teman,kesetian anda amat teman hargai. Sesungguhnya apa yang terjadi didalam blog ini adalah dari anda sendiri yang memilih untuk terus setia bersama kami. Tiada apa yang istimewa pada blog ini dan teman melaikan kesudian untuk berkongsi pengalaman dan sedikit tunjuk ajar kepada anda semua.

Dari segi memulakan penternakan ayam kampung asli, teman yakin atau selalunya tersedar yang reban teman tiada tandingnya dari segi pembinaan serta setting berbanding pandatang baru yang ada. Kalau dilihat kepada mereka yang baru menceburi dengan wang modal yang baru dan masih segar, serta pengetahuan yang digarap dari pembacaan serta pengalaman penternak terdahulu, idea baru yang terbaik serta sumber ilmu yang tidak terhad, teman mengekui yang teman berada jauh di belakang.

Sebagi contoh, untuk reban bentuk A yang teman mula perkenalkan dinegara kita..(mungkin sebelum ini ada ramai yang dah mula guna). Teman menjadi bahan uji untuk meterial serta keberkesanan manakala reban terbaru atau reban uyang anda reka semestinya lebih baik, kemas dan bermutu dari teman. Reban yang ada sekarang bpleh dikategorikan sebagai pelopor pertama untuk rujukan anda semua.

Namun bagi teman, ianya sangat membanggakan untuk dapat berbakti sedikit sebanyak kepada masyarakat penternak kita. Untuk yang nak menternak ayam sama ada untuk ayam kampung asli atau kacuk, anda hanya perlu memastikan semua keperluan bagi seekor ayam perlu dipenuhi. ini bermakna sekiranya anda mula menternak ayam kampung dari kecil, anak ayam perlu untuk dijaga dari semua peringkat usianya. Ini bermakna anda perlu memahami semua peringkat pembesaran bagi seekor anak ayam.

Untuk menternak ayam kampung asli khasnya, kita perlu menternak ayam ini sehingga mencapai usia matang iaitu antara usia 5 bulan sehingga 6 bulan. Ini bermakna anda perlu melalui semua peringkat pembesaran ini untuk mula menjualnya sebagai daging. jika anda gagal memahami keperluannya, maka masalah anak ayam mati diusai muda akan anda alami. Ini berbeza dari penternakan ayam kampung kacuk kerana kita hanya menternak ayam ini sehingga usia mencapai berat jualan. Usia ternakan ketika dijual adalah subjektif kerana terdapat perbezaan umur sembelih mengikut permintaan berat ayam tersebut terhadap pasaran. Ada ayam kacuk yang disembelih diusia seawal 45 hari dan ada yang disembelih pada usia 90 hari. Maka settingnya juga agak berbeza.

Untuk ayam kampung, ada sedikit kekeliruan atau dilema bagaimana anda mahu membina reban untuk ayam ini. Ada pelbagai kaedah yang diguna pakai dan teman sendiri tak tahu yang mana terbaik untuk masa kini. Rujukan serta kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memastikan ternakan ini mampu untuk dikomersialkan selepas ini.

Antara rekaan yang banyak digunakan sekarang adalah seperti berikut:

Untuk reban asuhan anak ayam untuk dijual sebagai daging:

1. rekaan yang menyerupai reban asal orang kampung iaitu satu reban kecil yang menempatkan anak ayam sebelum anak ayam ini dilepaskan bebas bersama ayam induk yang lain. Anak ayam dipisahkan dari ibunya apabila dah cukup bula dan ditempatkan didalam reban khas terasing dari ayam lain yang cukup dewasa. Ayam diternak sehingga hampir dewasa sebelum iainya dilepaskan.

2. rekaan separa bersistem dimana ayam yang baru dikeluarkan ditempatkan dalam brooder ciptaan sendiri.Kemudian ayam ditempatkan dalam reban sederhana besar dengan lantai atai iaitu jauh dari tanah. Kemudian ayam akan ditempatkan didalam reban yang berbumbung sepenuhnya sehingga ayam menjadi matang. Ayam dilepaskan pada aktu petang untuk bebas merayau disekeliling reban.

3. Rekaan bersistem dimana ayam ditempatkan dalam bangsal besar yang dikawal sepenuhnya keadaanya. Reban bangsal besar ini akan dibahagikan kepada bahagian untuk memenuhi keperluan anak ayam tersebut sehingga ayam itu besar.

Namun cara bagaimana sekalipun yang ada pilih, atau anda mereka sistem ada sendiri, yang penting adalah keperluan ayam tersebut tidak diabaikan. terdapat caa mudah untuk anda memahami kerenah dan keperluan untuk seekor anak ayam dengan memerhatikan perhatian yang diberikan oleh seekor ibu kepada anaknya sehingga anak itu mencapai usia 3 bulan. Dan kemudian anda perhatikan kepada anak ayam yang berusia 3 bulan keatas membaa diri untuk terus hidup sehingga dewasa.

dari sini anda mungkin akan mendapat idea untuk mereka sebuah reban atau sistem yang akan meningkatkan kadar kejayaan hidup seekor anak ayam .

untuk reban pengeluaran baka.

1. Cara yang paling tradisioanl iaitu melepaskan ayam induk diperkarangan reban dengan jumlah induk yang mengcukupi. Kemudian ibu ayam akan bertelur dibekas telur yang disediakan sebelum telur tersebut dimasukkan kedalam incubator.Tiada kawalan khas untuk induk serta pemilihan baka jarang dapat ditentukan dengan baik.

2. Membina reban flock yang mengawal pergerakan serta pasangan induk..induk dipilih melalui ciri yang ditentukan. Induk dikengkang untuk bergerak bebas.

3. memternak induk dalam sangkar konsop batery dimana induk betina dikurung dengan induk jantan. Telur akan dikutip terus dan dimasukkan kedalam mesin pengeraman.

4. mengunakan keadah Ai untuk mengawal induk dan baka..

So pilihan adalah ditangan ada melihat kesesuaian anda sendiri.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram