* untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator..
Salam ,
Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari selasa lepas dengan pesawat MAS. segalanya selesai alaupun bagi teman kali ini 5 hari yang paling memenatkan untuk teman, segalanya diperah dari segi mental dah fizikal. Setibanya kereban, teman dapati reban pula berada dalam keadaan yang tidak memeuaskan.. dengan badan yang bersisi baki tenaga teman mengemas seadanya. Dan pada hari rabu teman tertidur sepanjang hari dek kerana kepenatan 2 minggu menguruskan 2 majlis perlhawinan yang berbeza dan berlaian orangnya. penglibatan teman pun bukan sekadar penyukup forum malah lebih seperti mewakili bapak pengantin terus..
Pastu hari khamis menyiapkan order incubator yang tertangguh dari 2 minggu lepas dek kerana tak mampu untuk menyiapkan.. 3 biji semuanya. dalam sibuk tu sempat juga teman menukar anak ayam serama dengan incubator dengan seorang penternak dan pakar tanding ayam serama.. Alhamdulilah .. cita2 teman dah tercapai..
Bila teman bayar je bill internet petang tadi teman terkejut dengan apa yg berlaku di dalam blog.. teman betul2 terkejut sbb dah menghuru harakan seorang sahabat kita yang betul2 kepingan terhadap nota yang dijanjikan.. Maafkan teman sekali lagi kerana kelalaian teman terhadap sahabat kita. Bila teman cek bali, sebelum ke indon teman dah emailkan dah nita tersebut. tetapi ada kesalahan ejaan dari kelalaian teman menulis.. maafkan teman sekali lagi.. Benda yang teman nak beri (nota tu) bukanlah satu rahsia atau harta terlalu berharga yang teman nak sorokkan.. cuma kelalian teman sendiri gagal memastikan dan follo up kembali pelanggan teman..
Insyallah akan teman usahakan untuk mengelakkan kembali perkara ini berlaku dimasa hadapan.. Hebat juga tekanan dan kerja yang tuhan berikan kepada teman dalam 2-3 minggu nie. Kalau org yang tak sabar atau yang tak kuat dalaman mungkin terus mengamuk atau mengilangkan diri tanpa mempedulikan apa yang terjadi. Insyallah teman ada kekuatan yang diperlukan. Lagi kuat tuhan uji teman lagi kuat keyakinan teman kepadaNya.. Insyallah..
Dibawah adalah nota ganti kepada sesiapa yang mungkin menghadapi masalah yang sama dengan sahabat kita, ataupun mereka yang diluar sana boleh membuat salinan untuk rujukan tuan2 semua sekiranya menggunakan incubator.. tiada yang istimewa dalam nota ini cuma sedikit panduan untuk kegunaan anda..
Gambar perincian incubator
pandangan hadapan incubator
pandangan sisi incubator
tingkap jernih untuk melihat kedalam
termosstart untuk mengawal sumber elektril
sensor yang berada separas dengan telur
sumber haba untuk memanaskan incubator
lubang udara untuk pernafasan telur
Termostart yg telah di set kan. Jgn ubah settingnya
tiup udara dari pump angin
pump aingin untuk FORCE AIR
termostart dari luar
termometer bersama hidrometer- bacaan antara 35-39 darjah celsius dan humidity antara 50-60 %
Incubator keluaran Citypullagro
Jenis: Hobby user 60
Bahan: pvc kontena
Pengenalan,
Incubator adalah satu alat yang meniru keadaan dibawah perut ibu ayam semasa ayam ini mengeram. Setelah berevolusi sekian lama timbul pelbagai bentuk dan cara ianya dibina namun perkara asas yang mesti dipatuhi adalah :
1. suhu yang sama dengan suhu dibawah perut ibu.
2. kelambapan yang sama dengan persekitaran tempat bertelur
3. pergerakan memusingkan telur untuk mengaktifkan embrio didalam telur.
Incubator keluaran jenis ini adalah berkongsep force air dimana udara panas dihembus untuk mendapatkan suhu yang dikendaki. . Incubator ini diperbuat dari bekas PVC dan mempunyai penutup. Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat incubator adalah:
1.termostart untuk memastikan suhu sentiasa didalam jurang yang dikehendaki
2. termometer untuk memeriksa suhu dalam bekas incubator
3. mentol sebagai sumber haba dalam incubator
4. kotak dari bahan yang memerangkap haba atau kedap haba
5. sumber air dari takungan atau bekas untuk kelambapan.
6. sumber kuasa dari bekalan elektrik
Suhu
Didalam sesebuah incubator suhu yang paling sesuai adalah antara 35 darjah celsius sehingga 39 darjah celsius. Julat suhu ini adalah kerana kita mengambil bacaac suhu dari lampu mula terpadam sehingga lampu menyala semula. Berikut adalah cara anda boleh mendapatkan bacaan suhu bagi suhu minima dan suhu maksima.
-apabila lampu menyala anda perhatikan jarum pada termometer sehingga lampu terpadam. Sekiranya bacaan pada masa lampu terpadam menunjukkan 39 darjah ianya adalah tepat dan betul. Bacaan ini menunjukkan suhu maksima bagi incubatro anda kerana bekalan suhu dari lampu telah diputuskan oleh termostart. Suhu maksimum sangat penting bagi mengelakkan telur terbakar atau hangus akibat kepanasan berterusan yang dibekalkan oleh lampu
-apabila lampu terpada dan mula2 menyala. Anda perhatikan bacaacn pada jarum termometer pada masa itu. Suhu pada ketika itu seharusnya menunjukkan minama 35 darjah. Suhu ini menunjukkan bahawa suhu paling minima bagi incubator adalah 35 darjah dimana lampu perlu dipasang kembali untuk menaikan suhu incubator, operasi menyalakan lampu ini dilakukan oleh termostart secara outomatik.
Oleh itu suhu minima bagi incubator adalah pada ketika lampu mula menyala iaitu : 35darjah celsius dan suhu maksima adalah dikala lampu mula terpadam pada suhu 39 darjah celsius. Anda perlu memastikan suhu sentiasa berada dalam julat ini dan sebarang perubahan mendadak perlu ditentuukur kembali begai megelakkan suhu menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Perkara yang perlu anda lakukan semasa anda menerima Incubator:
1. buka bungkusan dengan berhati2 dan perhatikan semua perkakasan yang ada.
2. keluarkan kotak yang membalut incubator dan asingkan.
3. buka penutup incubator (penutup kotak PVC platik dengan berhati hati
4. keluarkan pump yang dilekatkan pada dinding incubator. Pump ini perlu diletakkan diluar incubator disebelahnya.
5. keluarkan segala perkakasan yang ada didalam incubator
6. pasang mentol pada soket lampu
7. isi air didalam bekas air yang disediakan sehingga ketahap yang ditandakan .
8. pastikan hujung muncung nozel atau saluran getah tiup berada diatas permukaan bekas air.
9. ambil sedikit carikan kertas dan ratakan diatas permukaan lantai incubator sebagai lapik kepada telur yang bakal dimasukkan nanti
10. buka bungkusan termometer dan letakkan diatas lantai incubator.
11. pasang plug kepada punca elektrik dan nyalakan
12. tutup kembali penutup incubator dan dan kunci dengan selak yang sedia ada.
13. jangan dibuka salotep yang dilekatkan diluar termostart kerana ianya telah disetkan.
14. biarkan incubator menyala dan terpadam selama 2 jam sekurang-kurangnya.
15. kemudian anda ambil bacaan termometer dari luar incubator tanpa membuka penutupnya dengan melihat dari luar cermin tinjau.
16. letakkan incubator ditempat selamat dan elakkan diganggu atau digerakkan tanpa sebab.
17. setelah semua bacaan suhu stabil dan mencapai julat suhu yang dikehendaki anda bolehlah memasukkan telur yang telah diperiksa dan disaring.
18. minimakan aktiviti anda membuka penutup incubator bagi mengelakkan suhu dari incubator diserap keluar.
Incubator adalah cara terbaik untuk memaksimakan pengeluaran telur di ladang ternakan kita.. incubator membolehkan kita tidak bergantung sepenuhnya pada ibu ayam untuk menetaskan telur.. namun untuk berubah dari sistem penternakan tradisioanal kepada separa moden kita membeli incubator dengan harapan penggunaan incubator dapat membantu produksi ladang.. terdapat pelbagai variasi incubator dipasaran samaada yg manual atau auto.. buat masa ini sistem yg banyak diguna pakai di malaysia adalah dari jenis still air dan force air.. dan heat element biasanya menggunakan mentol pelbagai watt.. namun kebanyakan pengguna incubator untuk kali pertama menghadapi masalah dalam penggunaanya.. seringkali telur tidak menetas dan peratusan anak yg menetas mati amat tinggi sekali.. dibawah disenaraikan tips2 penggunaan incubator yg didapati dari pengalaman dan rujukan.
1. sebelum menggunakan incubator untuk permulaan, pastikan incubator tersebut bersih dan bebas dari sisa2 pembuatan seperti cat, shelex, abuk kayu dan sebagainya..
2. incubator perlu di pasang semalaman untuk menguji sistem yg dipasang dalam perkakasan tersebut.
3. kita perlu mempunyai termometer digital yg lebih tepat untuk mengukur suhu didalam inkubator.. suhu diukur dari permulaan lampu menyala sehingga lampu padam.. catat dan bandingkan julat suhu anta kedua2nya.. pastikan suhu mencapai 38 .
4. julat perbezaan antara suhu max dengan suhu min sepatutnya tidak melebihi 3 darjah kerana sebarang berbezaan yg terlalu besar akan merosakkan telur yg dieram cth- min: 37, max 39 sahaja..
5. sekiranya julat terlalu tinggi, anda dinasihatkan tidak meletakkan dahulu telur kerana ianya akan mengagalkan usaha anda menetaskan telur, cuba mengubah dan menentuukurkan termostart dengan menambah atau mengurangkan suhu.. sekiranya gagal juga biarkan on dahulu incubator tersebut selama 3 hari.. kadangkala termostart perlu distabilkan untuk mendapatkan bacaan terbaik.. mungkin selepas 2-3 hari ianya akan stabil..
6. sekiranya masih bermasalah, ia menunjukkan termostart anda bermasalah, sila rujuk kepada penjual semula untuk troubleshooting.(jgn lupa memasukkan air didalam bekas air dalam incubator semasa menguji kerana kelembapan didalam incubator mempengaruhi suhu)
7. sebelum memasukkan telur periksa telur yg bakal di masukkan, bersihkan kekotoran dengan kain kering atau kertas pasir paling halus.. tetapi berhati2 untuk tidak merosakkan kulit telur..
untuk telur yg terlalu kotor, saya nasihatkan tidak dimasukkan skali kerana kekotoran tersebut akan menggangu penetasan.. jgn sesekali mencuci dengan air atau mengeramkan telur yg telah terkena air.. kompom tembelang..
8. telur yang kulitnya terlalu nipis
atau kasar mengerutu yg diperiksa dengan meneliti permukaan telur biasanya gagal dinetaskan..begitu juga telur pertama ayam yg biasanya terlekat kesan darah.. (dalam byk2 telur dalam tempat telur biasanya ada sebijik yg ada darah) peratusannya rendah.. lebih baik digoreng sahaja..
9.semasa meletakan telur pastikan bahagaian bulat atau yg paling besar telur diatas.. seeloknya disenggetkan sedikit supaya bahagaian yg berongga( yg besar) dia atas.. ia menggalakkan pembinaan embrio semasa proses pengeraman..
10. untuk incubator manual, telur perlu diterbalik2kan sebanyak 3 kali sehari untuk meransang pertumbuhan embrio dan mengelakkan embrio dalam kedudukan kaku.. ia juga boleh mengelakkan embrio melekat pada kulit telur.. proses pembalikan dilakukan dengan tangan yg kering dan bersih atau menggunakan sarung tangan. periksa atau suluh dan goreng..telur tersebut tidak disenyawakan..
11. elakkan membuka pintu incubator terlalu kerap atau dalam tempoh masa yg panjang kerana ianya akan menurunkan suhu serta memaksa lampu menyala lebih lama( meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat mentol) suhu tak stabil akan mempengaruhi telur.
12. setiap telur perlu ditulis tarikh untuk rujukan.. ada 2 cara penulisan tarikh..1- tarikh masuk dan satu lagi tarikh untuk telur menetas.. letakkan satu kelender disamping incubator untuk rujukan
13. 3 hari sebelum telur menetas anda perlu menghentikan aktiviti memusingkan telur kerana pada masa ini embrio sudah dalam keadaan bersedia untuk menetas dimana biasanya muncung paruhnya berada dibahagian atas. Jika kita menterbalikkan juga dikuatiri embrio akan menjadi lemah kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk memusingkan badan keatas.
14. proses penetasan biasanya anak ayam akan menebuk lubang udara terlebih dahulu untuk membenarkan udara masuk bagi melatih bernafas untuk kali pertama. proses penetasan biasanya mengambil masa 12-24 jam.. jgn memaksa anak ayam keluar dengan memecahkan cengkerang kerana tak sabar nak tgk anak ayam keluar kerana dikuatiri anak ayam terlalu lemah atau pusat anak ayam tersebut belum kering dan masih melekat pada kulit dalam telur.. jika ada paksaaan jugak biasanya isi perut anak ayam akan terburai skali kerana ianya masih bersambung dan belum cukup kuat.
15. anak ayam yg baru menetas dibiarkan dlam incubator untuk tempoh 24 jam hingga 3 hari untuk proses pengeringan dan membina kekuatan badan..selepas tu kita perlu memindahkan ke bekas asuhan anak ayam (brooder)
16. anda tidak digalakkan memasukkan kesemua telur ayam serentak pada masa yg sama. masukkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakkan dalam incubator semasa penetasan kelak.. juga mengelakkan kerugian besar apabila berlaku kegagalan incubator..
17. pastikan anda memeriksa suhu incubator sekerap mungkin sekurang2nya 3 hari sekali.. sebaik2nya setiap hari untuk kepastian kefungsian termostart..
18. pastikan mentol tambahan sentiasa berada dalam simpanan anda untuk memastikan mentol dapat ditukar secepat mungkin sekiranya ada yg terbakar.. kekurangan mentol akan mengurangkan sumber haba untuk incubator..
19. periksa paras air dari masa kesemasa, kelembapan amat penting bagi mengelakkan telur kita terpanggang dengan kepanasan incubator..
20. telur yg melebihi tempoh 21 hari perlu dihapuskan secepatmungkin kerana tiada anak ayam akan menetas selepas tempoh tersebut..
sekiranya anda ingin membeli atau sudah mempunyai incubator.. kita perlu melakukan saringan telur yang ingin dieram.. tujuan saringan ini adalah untuk memastikan telur yang dimasukkan benar2 berkualiti dan bersih.. jika anda gagal melakukan aktiviti ini dan terus memasukkan kedalam incubator.. ada kemungkinan telur yang anda masukkan tidak mempunyai benih dan mungkin telah rosak pada awalnya.. so untuk memaksimumkan pengeluaran telur dan meningkatkan kejayaan penetasan perkara seperti berikut perlu dilakukan..
1. mengutip telur dari reban sama ada telur baru atau telur yang telah dieramkan oleh ibu.. kekadang telur yang baru dikeluarkan telah dieramkan oleh ibu ayam lain yang tersilap bekas telur atau baru belajar mengeram..
2 setelah telur dikumpulkan anda perlu memeriksa permukaan telur dengan meneliti setiap biji telur yang telah dikutip.. perhatikan sebarang kecacatan atau kerosakan pada telur tadi.. buat kepada semua telur sepenuhnya..
3. setelah saringan fizikal selesai anda perlu membersihkan telur dengan membuang segala kotoran yang dapat dilihat secra kasar.. biasanya kotoranini terdiri daripada najis ayam dan juga tanah yang tercalit semasa ibunya bertelur.. kadangkala kotoran datang dari bekas telur kita dan juga dari lebihan lendir dari telur yang pecah didalam bekas telur.. kotoran boleh dibersihkan dengan kain bersih sekiranya telur yg kita perolehi masih baru dan belum dieram oleh ibu dan sekiranya ada kotoran degil bersihkan dengan kertas pasir halus dengan perlahan2..
anda perlu berhati2 semasa membersih kerana telur ayam amat mudah pecah dan kadang kala anda akan terjumpa telur yang nipis kulitnya sehingga hanya dengan menggosok sahaja kulitnya akan retak dan pecah.. adalah dinasihatkan menolak telur ini kerana biasanya telur ini tidak akan menetas-anta sebab kenapa terjadi sebigini adalah kekurangan zat makan dari ibu dan ibu baru mula bertelur.
4. setelah semua telur dibersihkan anda perlu untuk memeriksa benih telur dengan menggunakan candling. perhatikan kalau ada kecacatan dalam telur seperti keretakan, saiz kuning telur, warna telur , garisan jangkitan, bentuk telur dan sebagainya...
5. setelah selesai langkah diatas anda perlu menanda tarikh pada telur untuk memastikan jangkaan telur akan menetas dapat ditentukan kelak.. tulis jangkaan telur menetas dengan menambah tarikh telur dimasukkan dengan jumlah hari 21 hari.. contohnya hari kemasukkan adalah pada 5 hb dan tarikh yg perlu ditulis ditelur adalah(5+21) 26 hb.. sebab kenapa perlu berbuat sedemikian kerana kalau kita menulis tarikh masuk pada telur (5 hb) setiap kali kita hendak memeriksa telur kita, kita perlu mengira jumlah hari umur telur tersebut dengan menolak tarikh periksa dengan tarikh masuk.. kekadang sampai masa untuk menetas pun kita tidak tau n perasan kerana sukar nak menolak sepanjang masa.. dengan menggunakan cara tarikh tadi kita hanya menunggu masa yg tercatat ditelur itu sampai sahaja sebagai rujukan waktu telur dijangkakan menetas..
selamat menternak!!
Candling your egg.(bahasa org putih) dan dalam bahasa Malaysia adalah teropong telur.
Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio didalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna incubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Incubator. padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah..
1. perhatikan sebarang retakan pada telur, walau pun terdapat cara untuk menampal retakkan namun jalan terbaik adalah tidak mimilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut samada kecil atau besar garisannya.
2. perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidak samarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.
3. perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) didalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini juga kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam, buat bazir space sahaja..
4. perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya.. kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namum perlu dingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan..
setelah pemeriksaan dilakukan anda boelh melakukan proses pengeraman didalam incubator. Telur pertu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan.. periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan baru.. telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.. korang eramlah sampai 21 hari takkan ada apa yg berlaku..
candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 dimana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat.. biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur.. pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur..
kita juga boleh melakukannya skali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari didalam incubator.. pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur.. perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak digangu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan..sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicadling bagi memudahkan proses dilakukan.. dibawah adalah gambar keadaan embrio semasa dalam proses pembesaran..
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(218)
-
▼
Mar
(24)
- Menjawab soalan benih dalam telur,
- Kenapa teman guna A Shape Flock?
- Mengapa marah sgt telur tidak berbenih?
- Pengenalan baru produk Incubator..
- Pengenalan baru produk Incubator..
- ulasan ..
- ulasan ..
- part 2
- Gambar2 album terbaru
- Jgn gelojoh guna Incubator
- Susah ke nak setup Reban ternakan ayam asli nie?
- Bertuah dilahirkan di bumi Malaysia,
- Manual penggunaan Incubator
- Sungguh tak kusangka..
- Kita mungkin salah anggap..
- Urusan sehingga minggu hadapan
- Mengapa harga incubator teman rendah?
- Sedikit Update
- Berbakti semula kepada guru..
- Comelnya anak burung puyuh..
- Kisah jadi Teladan,
- Ayam Kampung Goreng!!
- sedikit nasihat penjagaan anak ayam
- Seronoknya teman..
-
▼
Mar
(24)
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
No comments:
Post a Comment