salam,
Kali ini teman nak memberi pendapat mengenai penetasan telur iaitu dalam bab pemilihan telur atau nak mengetahui samada telur tersebut sesuai atau tidak untuk dieramkan. Banyak perbincangan telah dilakukan sebelum ini untuk menentukan telur terbaik untuk dieramkan. Pelbagai pendapat telah disuarakan dan ada juga yang keliru untuk mengikut yang mana satu yang betul. Bagi teman betul atau tidak sesuatu cara adalah terpulang kepada pemahaman kita atau alatan yang kita gunakan. Ini bermaksud bukanya cara yang diajar itu salah tetapi bagaimana kita memahami dan menggunakannya dalam aktiviti pengeraman kita.
Oleh itu pelaksanaan dan pemahaman juga penting dalam kita mengunapakai teknik yang diajarkan. Incubator kini yang dijual dipasaran mempunyai pelbagai cara setting dan juga bentuk. Pada asasnya semuanya menjuruskan kepada prinsip asas pengeraman. Namun reka bentuknya kadangkala memerlukan sedikit perhatian berbeza mengikut reka bentuk. Oleh itu perlulah anda mempelajarinya sebaik mungkin dari pengeluar incubator yang ada atau jika anda sendiri yang membinanya, pastikan anda juga membuat beberapa kajian untuk mengetahui selok belok perbezaaan incubator anda.
Satu perkara yang cuba teman cerita disini adalah sedikit tips yang selalu teman gunakan untuk mengeram. Ianya adalah mengenai pemilihan telur sebelum kita eramkan. Soalan yang selalu teman ditanya ada mengenai selama mana kita boleh menyimpan telur sebelum kita eramkan. Jawapan teman biasanya mengikut pandapat ramai iaitu jangan melebihi 7 hari. Walaupun ada yang berpendapat sekiranya ibu ayam bertelur sebanyak 21 biji., 21 hari diperlukan untuk mengeluarkan semua telur sehingga mencapai telur yang terakhir sebelum ibunya mula mengeram. Kadangkala kita lihat hanya sebiji 2 sahaja dari keseluruhannya yang tidak menetas.. so bagaiman pula kita nak menentang kejadian tersebut padahal semua orang berpendapat telur yang baik adalah yang berusia dibawah 7 hari dimana kita dapat mengelakkan pemboleh ubah yang akan menggangu keadaan telur kita?
Jawapan yang teman temui, walaupun dengan hujah diatas dimana telur masih boleh dieram walaupun dah berusia 21 hari adalah bergantung kepada keadaan telur atau kesihatan ibu yang mengeluarkan telur tersebut. Ianya juga terpengeruh dengan keadaan cuaca persekitaran dan juga setting reban yang kita dah tentukan. Cara terbaik yang serimng teman lakukan adalah denagn membuat teknik candling sebelum memasukkan telur kedalam incubator. Caranya adalah dengan melihat keadaan telur tersebut bila disuluh dengan alat candling..
Apa yang perlu kita ambil berat adalah untuk memeriksa saiz kantung udara atau air poket yang terdapat pada bahagian tumpul telur. Apa yang perlu anda lakukan untuk mempelajari teknik ini adalah mengambil beberapa sempel untuk dibandingkan. Pertama telur yang baru sahaja dikeluarkan oleh ibunya(tak sampai 12 jam) kedua telur yang dah mencapai usia 7 hari dan seterusnya telur yang dah mencapai usia 14 hari. Anda candling dan lihat perbezaan saiz bukaan atau saiz poket telur ini.
Kalau anda perhatikan saiz poket udara ini akan bertambah mengikut bilangan hari selepas ianya dikeluarkan oleh siibu ayam. Lagi lama kita simpan lagi besar saiznya dan selepas 14 hari kita akan dapati saiznya menjadi besar sehingga saiz menjadi hampir 25% sari saiz telur. Ketika inilah kalau anda cuba eramkanya anda akan dapati telur tersebut susah hendak ditetaskan.
Kalau telur yang baru sahaja dikeluarkan oleh siibu, ruang udaranya sangat kecil dan lagi kecil dari saiz duit 5 sen. Hanya sebesar butang baju kalau saya nak bandingkan. Dan ruang udara ini kurang jelas untuk kita lihat dan warnanya hanya samar2 sahaja. Ini menunjukkan telur masih dalam keadaaan baik. Jadi kalau setelah anda simpan telur selama 7 hari, anda dapati saiz poket udara ini masih kecil, besar kemungkinan telur tersebut masih dalam keadaan baik dan tak masuk angin. Dan kalau ada juga yang terlebih besar saiz udaranya, ia menunjukan kemungkinan telur anda dah mula rosak atau mempunyai kebocoron serius yang menyebabkan terlalu banyak udara mampu masuk.
Hujah teman, tak kiralah berapa hari usia telur anda, jika anda dah menjaganya sebaik mungkin dan telur sentiasa berada dalam keadaan baik tanpa terdedah pada sinaran matahari serta kelembaban melampau seperti hujan dan sebagainya, anda masih perlu menentukan sejauh mana telur tersebut telah masuk 'angin'. Ini bermaksud tak kiralah berapa pun usia telur tersebut, kalau ianya dah mula masuk angin atau poket udaranya terlalu besar dan menonjol, ada kemungkinan telur tersebut tidak akan menetas. Cara terbaik adalah dengan menanda telur yang ada telah kesan mempunyai poket udara yang jelas,besar serta cacat dan dieramkan sekali dengan telur yang berada dalam keadaan baik. Pada akhirnya anda sendiri akan mendapat jawapannya.
Memang benar jikalau anda ingin menentukan samaada telur tersebut masih baik untuk dimakan atau dalam kata lain adakah telur tersebut telah tembelang atau tidak adalah dengan mengujinya dalam takungan air. Kalau telur yang diletakkan dalam bekas air timbul, maka telur tersebut telah busuk atau telah rosak. Sudah tentu tak boleh dimakan lagi. Perkara ini sering teman praktikkan apabila teman ingin menjual atau memasak telur yang tiada benih dalam incubator setelah dicandling pada hari ke 7. Cuma masukkan dalam satu bekas air yang cukup tinggi dan ambil mana2 telur yang tenggelam sepenuhnya untuk petunjuk telur tersebut masih elok..
Telur yang masih baik, biasanya mempunyai pokek udara yang kecil dan ketumpatan isinya yang lebih dari air.. Bila udara dah banyak yang masuk, ketumpatan telur manjadi lebih rendah dari air dimana kita boleh umpamakan dengan pelampung yang berisi udara. Tetapi jangan pula telur yang elok dan belum dimasukkan dalam incubator anda masukkan pula dalam air untuk uji masih elok atau tidak.. tembelang pula nanti jawabnya bila dah terkena haba didalam incutor anda.
Kesimpulannya, kita perlu melihat dahulu saiz poket udara didalam telur anda sebelum dimasukkan didalam incubator. Mungkin inilah puncanya yang kita sering terlepas dan beranggapan saringan yang kita lakukan sebelum ini sudah cukup baik dan sepatutnya telur yang dieramkan tidak mempunyai masalah untuk menetas. Bila tak menetas mulalah pelbagai andaian yang bermain difikiran. Kekuatan sesebuah telur bagi setiap ibu adalah berbeza dan kekuatan ketahanan simpan juga adalah turut berbeza. Pastikan anda memahami teknik ini jika anda menggunakan incubator. Kepada yang telah mengeramkan ribuan incubator dalam incubator ribuan buji mungkin tidak mempunyai masa untuk menganalisa setiap butir telur tetapi bagi kita yang menternak ayam kmapung asli yang hampir digelar esotik ini, setiap biji adalah berharga..
Sekian..
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(218)
-
▼
Sep
(17)
- Teman dah mula bekerja
- Ramai penternak kita terduduk seranagn baru nie..
- Sudah ada ke penambahan?
- Hebat juga sahabat penternak kita nie,
- Jawapan untuk soalan dari rakan FB
- Perjuangan yang perlu diteruskan..
- Ciri yang diidamkan untuk sesebuah incubator..
- Gambar incubator terbaru Citypull
-
- Ikan Kaloi Sungai Bakar..
- Cara teman cuci telur..
- Dah nampak kurangnya serangan penyakit..
- Duka di hari raya..
- Meningkatkan keupayaan pemasaran kita
- memang ada harga tapi susah nak bela..
- Bantuan nasihat untuk email..
- Persoalan telur masuk angin...
-
▼
Sep
(17)
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
No comments:
Post a Comment