Pages

Salah faham mengenai jagung

Salam,

Teman nak berkongsi sedikit kisah mengenai bahan makanan ternakan iaitu jagung yang sering kita beli untuk memberi kepada ayam. Ramai penternak kecilan yang suka menggunakan jagung samaada kasar atau halus sepenuhnya untuk ternakan ayam mereka. Kalau dikampung, biasanya penternak akan membeli 5-10 kilo jagung untuk kegunaan ternakan mereka. Kebiasanya mereka menggunakan sepenuhnya jagung sebagai makanan yang berbeli disamping membiarkan ayam bebas mencari makanan sendiri dikawasan laman rumah.

Namun teman dapati kini, ada penternak yang mula mengurung ternakan mereka kerana jumlah ternakan mula bertambah. Ada juga yang mula mengamalkan penternakan terkawal bagi mengelakkan serangan pemangsa serta memastikan ternakan mereka lebih terurus. Namun tanpa mereka sedari yang jagung yang diberikan tersebut tidak mencukupi untuk ternakan mereka. Apa yang akan mereka hadapi adalah masalah ternakan kekurangan nutrisi dengan daging ayam yang kurang serta gejala penyakit yang menular. Kandungan nutrisi dalam jagung tidak mencukupi untuk keperluan seekor ayam semata2.

Oleh itu, makanan tambahan lain diperlukan untuk menambah nutrisi bagi jagung yang hanya mempunyai kandungan protien tak sampai 10% sahaja. Seekor ayam memerlukan diet antara 15-17% protien dalam menu harian. Oleh itu penambahan makanan lain perlu bagi mengimbanginya. Sebenarnya penggunaan jagung sebagai bahan asas makanan ternakan telah digunakan sepenuhnya dalam membuat dedak komersial. Dalam dedak komersial, sebanyak 50% jagung digunakan untuk persediannya sebelum ditambah dengan makanan lain seperti ikan,gandum dan sebagainya. Olehitu, anda pengguna kecil2an yang suka menggunakan jagung dalam makanan harian ternakan, anda perlu bijak menambah bahan makanan lain untuk ternakan anda.

Sebenarnya, jagung yang kering atau dalam betuk ketulan yang diberi kepada ternakan boleh dijimatkan dengan memberinya dalam bentuk basah. Jagung anda yang diberi dalam keadaan basah setelah diproses lebih mudah untuk dihadam oleh ternakan dan meningkatkan kadar proses penghadaman yang akan meningkatkan kecekapan penyerapan nutrisi oleh ternakan. Oleh itu, teman shorkan dari kita memberi jagung secara terus kepada ternakan, ada baiknya kita merebus dahulu sebelum memberi. Banyak pelawat yang mengadu tentang kesukaran nak merebus jagung ini. Sebenarnya teknik nak memasak jagung sangat mudah kalau anda tahu triknya..

Sebelum anda mahu memasak jagung ini, anda perlu merendam dahulu semalaman bagi melembutkan dan mempercepatkan proses memasak. Sekiranya anda hendak memasaknya hari ini, anda telah menyediakan rendaman semalam dan pada hari ini adalah persiapan untuk esok. Dengan kaedah ini, Insyalah anda hanya perlu memasak jagung anda hanya dalam masa 5 minit sahaja. Jagung yang anda masak akan mencapai berat 2 kali ganda dari jumlah yang anda berikan dalam keadaan kering. Lebih baik sekiranya anda dapat dapat menjimatkan penggunaan gas dengan memasaknya diluar rumah menggunakan kayu apai sekiranya ada. Hanya sedikit sahaja kayu api yang diperlukan untuk memasak jagung nada.

Seterusnya, anda tambah bahan2 lain dalam jagung yang telah dimasak tadi untuk menjadi makanan lengkap. Perkara yang paling banyak orang lakukan adalah dengan memasukkan beras patah atau beras ancur yang telah direndam semalaman dengan jagung tadi. Dan untuk memasak nasik jagung ini, nisbah 50-50 sudah mencukupi. Semasa anda menunggu makanan ini sejuk, anda juga boleh menambah atau mengaulkanya dengan sedikit dedak komersial untuk menambahkan baunya. Kemudian campurkan dengan bahan hijau seperti rumput napier atau sebagainya. Cara ini lebih baik dan menjimatkan berbanding dengan hanya menggunakan jagung untuk ternakan anda. Setiap kali anda membeli makanan hanya membeli sebahagian jagung sebahagian beras dan sebahagian dedak komersial. hanya sedikit rutin, anda memperuntukkan 5 minit untuk memasak, penggunakan dedak dapat dikurangkan dan ternakan semakin baik.

Namun makanan yang teman nyatakan diatas tidak mempunyai nutrisi yang terbaik untuk ternakan. Ianya satu penambah baikan atas tindakan anda sebelum ini yang hanya memberi jagung semata2 untuk ternakan. Dengan cara ini mungkin akan membantu anda dalam menternak. Namun sekiranya anda berminat nak membuat dedak sendiri yang result akhirnya sama seperti dedak komersial dari segi rase dan nutrisinya, anda perlu datang kekelas teman atau bertanyakan kepada mereka yang telah menghadirinya. Insyallah anda akan mendapatinya sangat bekesan dan menjimatkan. Bukan teman tak nak dedahkan dalam blog, tetapi kepada lebih berhati2 kerana orang kita nie selalu double standard, mulut kata lain, belakang nanti kata lain.

Oleh itu, teman harap amalan memberi jagung kering semata2 diubah selepas ini dengan mengolehnya kepada makanan yang lebih baik dan menjimatkan. Mungkin suatu hari nanti kita mampu untuk menanam jagung dedak sendiri dibelakang rumah. Ini kerana suatu ketika dulu sewaktu menuntuk di UPM, teman sering terjumpa tanaman ini yang hanya setinggi pinggang kita. Tetapi buahnya sangat panjang dan besar sampai mencecah tanah. Tetapi jgn sesekali nak makan kerana keras macam batu dan berbau hapak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram