Pages

Ketahanan Mental sebagai penternak.

Salam,

Cerita teman mengenai nasib kita penternak kecil yang modal tak sampai 50 ribu nie, kekadang kita akan mengalami masalah dalam perjalanan perniagaan. Teman yakin dari mula lagi semasa kita nak menternak nie, kita akan hadapi banyak halangan. Kadang kala halangan besar dan adakala halangan yang boleh ditepis begitu sahaja.

Bercakap kepada halangan ini, ianya terlentak kepada persedian mental kita untuk menghadapinya. Kadangkala kita rasa cukup kuat dan kadang kala rasa rebah badan dibuatnya. Yelah kalau kita sering kelihatan tersenyum, tak bermakna ianya merupakan gambaran sebenar apa dalam hari dan perasaaan. Maklumalah kekadang orang lelaki ini banyak egonya dan pandai menyembunyikan perasaan.

Halangan dan kepayahan sering menjadi penyebab mengapa penternak baru atau yang telah lama tersungkur dalam bidang ini. Kalau kita makan gaji, selagi kita datang kerja dan mengikut arahan yang ditetapkan, gaji kita terselamat pada hujung bulan dan kehidupan lebih terjamin. Kalau kita tak melanggar peraturan dan memenuhi standart yang majikan mahukan, maka peluang untuk naik pangkat dan gaji sentiasa terbuka. Namun bila kita berhenti kerja atau dah lama tak bekerja kemudiannya mula menternak, tak semua dikalangan kita mempu menangani dugaan kegagalan atau halangan.

Teman sendiripun sepanjang 2 tahun menternak ini, pelbagai halangan telah dialami. Kalau nak dilihat balik halangan tersebut, memang ada yang dah mempu untuk mengagalkan terus usaha teman dalam menternak ini. Paling besar adalah dugaan banjir dan kematian beramai2 dahulu. Semasa banjir, keseluruhan reban teman ditengelami air sehingga keparas pinggang dikawasan yang paling rendah selama seminggu. Dan kemudiannya disusuli dengan pemulahan tanah yang menyebabkab ayam mula diserang penyakit. Ketika itu teman menternak berseorangan dan belum ada internet lagi. Oleh itu tak dapat nak meminta tolong kepada sahabat penternak berdekatan untuk memindahkan ayam.

Kalau diikutkan keperitan menternak dahulu dengan pelbagai masalah dan kekurangan ilmu, teman seolah2 cemburu dengan penternak baru sekarang yang semunya hampir terhidang depan mata. Kalau anda rajin menjejakkan kaki kereban mereka yang telah stabil atau berjaya, anda dah dalam melihat gambaran sedikit sebanyak bagaimana nak menternak ayam ini. Dengan adanya internet, anda dapat berhubung denagn peternak tak kira dimana anda berada. Sungguh memudahkan dan menguntungkan. Kadang kala terpikir juga, kalaulah teman ada sahabat dan jaringan penternak ketika itu, alangkah bahagianya.

Kalau sekarang, kepada mereka yang pernah melawat reban teman, mungkin seronok melihat deretan reban kecil yang menempatkan induk ayam dan gembira melihat rutin teman seharian direban mengutip telur dan sebagainya. Tetapi disebalik keadaan santai dan tersusun ini, dah banyak parut2 luka lama yang mungkin akan berdarah kembali. Kalau ada kesempatan untuk mengali tapak penanaman bangkai ayam ini, anda akan dapati, lapisan tulang mungkin dah sampai 3 tingkat. Semua tulang ada termasuk tulang ayam belanda, puyuh dan mutiara. Semuanya ada. Kalau ditanam pokok, mungkin akan tumbuh subur kerana banyaknya baja dari pereputan ternakan tadi.

Kalau dipikirkan2, berbaloike teman menternak nie selama 2 tahun membuang masa untuk ayam semata2. adakah ini yang teman bayangkan selama ini semasa nak menternak dahulu? betulke jalan yang teman ambil ini? Besar persoalan yang perlu teman jawab tu.

Sebenarnya teman tak pernah menyesal sedikitpun walaupun banyak masalah yang melanda kerana teman yakin suatu hari nanti teman pasti akan berjaya. Teringat kepada lagu "..jika kau fikirkan kau BOLEH!!.." terus teman melangkah kehadapan. Percubaan demi percubaan teman perlu lakukan. Kalau nak diikutkan balik, tanpa usaha yang jitu, tak mungkin teman dapat mengamalkan penternakan sekarang yang lebih banyak relexnya. Itu belum lagi termasuk projek terbaru teman yang ingin untuk membina sistem air auto yang lebih menjimatkan tenaga. Banyak masa diperlukan semasa membasuh dan mengisi semula kandungan air dibekas minum.

Ketahanan mental bukan sahaja kepada daya kekuatan kita untuk menghadapi kegagalan tetapi ianya juga merangkumi kekuatan daya usaha dan imiginasi untuk meningkatkan kekuatan pengeluaran. Kalau dulu teman bertungkus lumus untuk mendapat cara terbaik untuk membesarkan ternakan dari baru menetas kini teman beralih arah pula kepada cara nak meyediakan satu reban khas untuk tujuan penghasilan benih dan menjual anak. Teman rasa 60% ilmu untuk melakukanya telah teman paham dan ianya sangat berfungsi dengan baik sekarang. Lagi 40% ilmu hanya akan datang dari pengalaman dalam masa kita menternak nanti, ianya tak boleh diajar dan tak boleh belajar dari orang lain.

oleh itu, kuatkan semangat yang ada. Jadikan mereka yang telah berjaya sebagai contoh yang baik untuk diikuti. Yakinlah mereka yang berjaya ketika ini tak mendapatnya dalam sekelip mata walaupun mempunyai modal yang besar. Semua memerlukan usaha dan ketekunan. Kalau anda gagal, renungkan semula langkah yang telah diambil, kalau betul2 yakin ianya tak sesuai untuk anda, maka berundur, tetapi kalau semangat anda kuat dan yakin kepada perkataan "saya boleh!!" maka teruskan perjuangan anda.
sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram