Salam,
Hehehe jgn terus tak baca dah entry teman kali ini, teman bukannya nak jual barang atau dah nak promote skim bukan2 dalam nie. Cuma bagi gempak je.. kalau nak membebel pasal ini semua memang bertahun tak abis..
Ok soalan cepu emas.. cam mana nak BERNIAGA?
Soalan ini kalau ditujuakn kepada anda mungkin anda ada pendapat peribadi anda untuk menerangkannya atau atau hanya mengelengkan kepada sbb anda sendiri pun tak pasti. Tetapi jauh dilubuk hati anda, anda ingin berniaga, mendapat keuntungan dan anda boleh hidup senang sedikit dari kehidupan anda sekarang.
Kalau dulu dengan pendapatan 1k sebulan pun dah boleh dikatakan kehidupan semuanya mencukupi, ketika itu rata pegawai kerajaan atau yang ada pangkat mencecah gaji sedemikian. Gaji pekerja kilang pada tahun awal 90an hanya RM450 sahaja. Mana teman tahu? teman masa tu duduk dikawasan perindutrian Sg Way iaitu kawasan yang paling banyak kilang. Masa tu berduyun2 minah2 kilang dari kampung datang kekota untuk bekerja. Ada yang berjalan kaki dan ada yang naik kenderaan syarikat untuk ke tempat kerja.
Masa tu semunya nampak besar, duit kita nampak besar, pi pasar bawak RM 50 pun tak abis, kalau abis belanja penuh bonet kereta dengan bekalan yang dibeli. Tetapi sekarang? RM 50 dah jadi sama nilai dengan RM 10 dahulu.. cukup sedikit.Pendapatan seisi rumah sebanyak RM 3500 sering sesak nafas pada hujung bulan. So ramai orang kita yang ada sedikit kesedaran untuk berniaga. Mula mencari peluang tetapi sering tak jumpa. Duit boleh dicari sbb kita ada banyak sumber, cuma sedikit atau banyak sahaja. Disebabkan kita nie ingin berniaga dengan niat semata2, kita banyak yang gagal. Kenapa gagal? saya listkan kat bawah nie:
1. Keluarga kita bukan peniaga, So kita sukar sikit nak mendidik nak menjadi peniaga. Peniaga nie kehidupan dia sangat berbeza dengan orang yang makan gaji. Kalau tak percaya tgk tokey kedai runcit tu, kita lum kuar rumah dia dah bukak pintu kedai, kita dah siap nak tidor dia baru nak tutup kedai, kita leh pi jejalan hujung minggu tapi dia setahun sekali, kita leh ke mana2 sahaja kalau ada kelapangan, dia tetap setia menunggu dikedai walaupun bukan dia yg casher, kita beli barang ngan hutang dia beli ngan CASH> huhuhu
So nak memulakan biasanya kita akan menghadapi masalah dan kurang yakin dengan orang disekeliling. Kalau kita duduk berniaga dipasar malam atau di kaki lima biasanya orang sekeliling akan memandang serong. Mungkin ayat yg akan keluar secara spontan dari mulut dorang adalah " agaknya mamat nie kena buang kerja kot ataupun dia nie ada masalah sbb tu terpaksa menjual n menjaja kat tepi jalan". Tetapi jauh dilubuk hati mereka akan berkata.. "huhuhu dah berniaga mamat ni.. mesti banyak duit dia nie sbb berniaga". So semua ini berlaku spontan sbb mind setting yg dah begitu sebati ngan diri kita sejak kita dilahir kan ( bagi mereka yg lahir dalam keluarga berniaga-sila abaikan kes ini)
2. Kita tak tau sebenarnya apa yang kita nak jual. Bila kekurangan maklumat kita tak tau mana kita nak tuju kalau kita nak mencari maklumat. Yang kita ingat mana nak cari tapak mana nak carik modal dan macam mana nak bagi untung lebih. Kita kurang pasti apakah kelebihan atau kelemahan dalam barangan yang kita ingin jual.
Sebagai contoh, kita ingin sangat nak menjual pakaian atau kain sama ada yg dah siap atau tidak. Tetapi kita kurang pasti kat mana nak dapat bekalan, kain apa yang diminati sekarang, jenis apa yang paling laku dan sebagainya. Kemudian kita tak tau macam mana nak taruk harga, kita beli dalam RM 30 untuk 5 pasang tapi masa nak jual sehelai2 kita dah tak tau nak taruk harga. Cara nak taruk harga sebenarnya sangat subjektif dan kita perlu bijak untuk melakukannya. Kena tgk sapa pembeli kita, jenis mana yang paling laris, kos yg terlibat serta sejauh mana anda boleh menghabiskan jualan yang anda beli.
Ilmu2 ini yang tak boleh anda nak beli atau belajar teorinya. Anda perlu merasainya sendiri dan mengetahui apa yang patut dibuat. Sebab tu teman suka anda memulakan sendiri sedikit demi sedikit dan pada akhirnya anda mula meningkat naik dengan jumlah hasil jualan yang meningkat.
3. Kita takde pemikiran atau pengurusan seperti seorang peniaga. Kalau kita perhatikan, kebanyakan perniaga yang sedang naik atau yang sedang baru nak mencipta nama, kehidupan mereka sangat sederhana. Kadangkala kita tgk dorang jarang sekali shopping atau bermewah2 dengan kereta besar, duk la guna kereta buruk mereka bertahun2 sehingga rase benar2 mampu untuk membeli kereta baru berbuat sedemikian.
Ini kerana bagi seorang peniaga, modal pusingan dan duit simpanan adalah yang paling penting, Mereka sangat mengetahui yang mereka takde gaji di penghujung bulan dan tiada jaminan untuk mendapat gaji pada bulan hadapan. Mereka juga tahu yang mereka tiada pencen kelak apabila dah bersara. maka pengumpulan wang adalah sangat penting untuk memajukan diri mereka sendiri. Kalau anda pernah berkawan dengan seorang peniaga, anda dapati mereka ini sangat menghargai duit, Bukan mengagungkan atau gila kepada duit tetapi sangat menghargai kerana tahu kesusahan untuk mendapatkannya. Semuanya memerlukan hasil titik peluh sendiri, Oleh itu memang itulah caranya mereka menabung atau memastikan tiada kebocoran dalam wang kantung mereka.
Anda akan dapati mereka sangat mengrahsiakan jumlah pendapatan mereka kerana berpendapat yang itu adalah hak mereka. Orang kita nie kalau sudah berniaga suka mencanang dan menunjuk.( itu mengata diri teaman sendiri pun ye lah tu ) kita kalau ada sedikit kelebihan mulalah terus membeli kereta besar atau yg lain yg besar2 belaka walaupun terpaksa berhutang. kadangkala sangat menyedihkan jika perniagaan yang dibina terkubur akibat sikap buas dan boros kita semasa berbelanja. Teman tak salahkan kerana berpuloh tahun selama ini kita kerja makan gaji. Iaitu menunggu hujung bulan sebelum mencucuk duit di ATM teller. Dan kemudian kita belanja ikut keperluan sehingga tiada lagi yang tinggal ( macam teman jugak la tu). So bila mula berniaga, kita terkejut dengan jumlah jualan yang mingkin berganda dari gaji kita yang biasa, maka dengan secara automatiknya kita akan berbelanja lebih..
4. Sifat malu dan suka beralah. Ini yang salah kalau kita berasa dalam situasi berniaga. Selaku peniaga kita tak boleh ada perasaan malu atau segan untuk berniaga. Kita kena cuba dan terus cuba. Teman bangga bagi mereka yang berani pada mulanya untuk membuka meja untuk berniaga. Tak kiralah jual belacan sekali pun, kita kena bangga dengan jualan dan bukannya malu. Lepas tu kalau ada pesaing yang menjual benda yang sama ditempat anda, janganlah anda pula rase nak beralah kerana tak sanggup untuk menutup periuk orang lain, itu sebenarnya yang dinamakan persaingan.
5. Ramai antara kita orang melayu ini tidak dilatih untuk berpikir. Bagi teman, ini adalah sikap yang dididik dari sistem pembelajaran kita dari dahulu lagi, kita dilatih untuk menghadapi peperiksaan dan hanya manghafal. Apabila habis semua peperiksaan dan juga peperiksaan di U misalannya, kita akan terus tutup buku dan menghadkan pemikiran kita, Dari sini pemikiran kita mula akan tumpul. Kita hanya selesa dengan persekitarna kita seharian dan sukar untuk berubah. Kalau kita ditugaskan dengan kerja yang diluar bidang kita semasa makan gaji, biasanya ramai yang akan bersungut didalam hati kerana kesusahan yang dihadapai dan akan terus menghadapi sindrom sakit kepala atau kepala dah jem.
Kita akan merasakan keperluan untuk berpikir adalah sesuatu yang membebankan dan kita malas nak berpikir. Sebagai contoh, berapa banyakkah dikalangan kita yang sanggup membaca buku ilmuan yang baru saban hari? ini kerana kalau kita buat kita akan merasa cepat letih dan membebankan fikiran. Itu lah yang biasanya akan menggagalkan kita sebagai peniaga.
Menjadi peniaga, saban hari kita kena berpikir langkah seterusnya bagaimana kita nak memajukan lagi perniagaan. Kita kalau boleh nak kerja yang tak yah nak pikir dan sentiasa mandapat wang.. nak berpikir nak belanja apa, kita sukalah pulak.. Seorang peniaga boleh diibaratkan sebagai mereka yang membawa kereta dimana tangan seharusnya diletakkan sentiasa diatas stering. So apakan jadi kalau kita berhenti berpikir atau kita berhenti memegang stering? maka akan terbabaslah kereta atau perniagaan kita.
Sebenarnya banyak lagi faktor kegagalan yang nak teamn sebutkan tetapi takut anda bosan pulak membaca.. kita dah biasa dimomokkan dengan benda yang senang, mudah dan kurang kerja. So teman akan sambung nanti yek..
sekian.
CARIAN DI SUNAN
Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.
SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN
TOP 5!!
-
Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
-
Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
-
Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
-
Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
-
Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
Label
4 month in view
(2)
6
(1)
Anak ayam
(13)
angsa
(1)
Ayam jantan bertelur?
(1)
Ayam kampung
(14)
ayam mandi tanah
(1)
baka ayam
(1)
bebelan
(1)
brooder
(2)
cabang perniagaan
(9)
candling
(1)
catatan
(1)
costing ayam..
(2)
dedak
(1)
fidlot
(1)
free range
(1)
Gambar tapak
(1)
hama
(1)
hujan
(1)
incubator
(19)
Itik serati
(1)
itik serati..
(1)
jualan anak ayam
(1)
kacuk vs ori
(1)
keli
(6)
konsep reban
(2)
kursus ternakan
(2)
lapik telur
(1)
laporan ternakan
(1)
makanan
(3)
Memulakan penternakan?
(1)
omega 3
(1)
Pasaran Ayam kampung
(6)
pelawat
(1)
Pembinaan reban
(5)
pemilihan baka ayam
(2)
pengumuman kelas
(1)
penyakit ayam
(14)
perancangan perniagaan
(4)
peringkat anak ayam.
(1)
Perkara asas dlm reban
(1)
Profit penternakan
(1)
rancangan perniagaan
(2)
reban
(1)
reban asuhan
(2)
rekaan reban
(4)
tangki air
(1)
telur ayam
(2)
ternakan ayam kampung
(3)
turkeys
(2)
Ubat-ubatan
(1)
Upgread reban
(3)
vaksin
(1)
variasi ternakan
(3)
Wad bersalin ayam
(1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.
Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;
1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..
Labels Cloud
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
Labels List Numbered
- 4 month in view
- 6
- Anak ayam
- angsa
- Ayam jantan bertelur?
- Ayam kampung
- ayam mandi tanah
- baka ayam
- bebelan
- brooder
- cabang perniagaan
- candling
- catatan
- costing ayam..
- dedak
- fidlot
- free range
- Gambar tapak
- hama
- hujan
- incubator
- Itik serati
- itik serati..
- jualan anak ayam
- kacuk vs ori
- keli
- konsep reban
- kursus ternakan
- lapik telur
- laporan ternakan
- makanan
- Memulakan penternakan?
- omega 3
- Pasaran Ayam kampung
- pelawat
- Pembinaan reban
- pemilihan baka ayam
- pengumuman kelas
- penyakit ayam
- perancangan perniagaan
- peringkat anak ayam.
- Perkara asas dlm reban
- Profit penternakan
- rancangan perniagaan
- reban
- reban asuhan
- rekaan reban
- tangki air
- telur ayam
- ternakan ayam kampung
- turkeys
- Ubat-ubatan
- Upgread reban
- vaksin
- variasi ternakan
- Wad bersalin ayam
No comments:
Post a Comment