Pemberian makanan dari sisa restaurant.


Salam,

Seperti yang anda semua tahu, teman sebelum ini bergantung kepada makanan sisa kedai makan sebagai makanan utama kepada ternakan yang telah matang. Hanya seminggu 2 kali sahaja teman akan memberikan makanan tambahan yang dibeli dari kedai. Ini kerana hendak menjimatkan perbelanjaan makanan kerana induk yang diternak telahpun mencapai dewasa dan akan diternak sehingga jangka masa 2 tahun lagi. Tetapi pemberian makanan seperti ini perlu melalui proses pembersihan untuk mengelakkan malah kepada ternakan.

Selepas sahaja mengambil makanan yang telah dikumpulkan seharian, teman biasanya akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum disediakan kepada ternakan. Dalam makanan ini biasanya terdapat segala jenis lauk pauk yang berminyak dan kotoran lain seperti kotok rokok, tisu dan sebagainya. Apa yang teman lakukan adalah menbilas dahulu dengan air paip dan menapis airnya sehingga tiada lagi air yang bertakung. Semasa proses membasuh nie teman akan membuang segala benda yang tak sesuai untuk ternakan. Anda akan lihat betapa banyaknya minyak yang dapat diasingkan dari makanan ini.

Selepas membila, teman akan meletakkan dalam bekas bersih sebelum diberi makan kepada ternakan. Mungkin ada yang berpendapat makanan ini kurang berkhasiat, tetapi dari makanan yang teman ambil ini bukannya makanan lebihan yang busuk atau basi. Ianya adalah sisa makanan yang dimakan dan dibuang dalam bekas ini. Oelh itu ikan2 dan makanan lain masih dalam keadaan baik. Cuma minyak sahaja yang akan boleh dianggap merbahaya kerana ianya akan menyebabkan ayam menghadapi pelbagai penyakit penghadaman dan masalah dalaman yang lain. Lihat sahaja air bilasan yang teman tunjukkan dalam tong itu, betulah banyaknya lemak dan minyak yang ada.

Anda akan dapati kerja anda akan bertambah kerana terpaksa membasuh makanan ini dahulu, tetapi bagi teman ianya amat berbaloi berbanding jumlah berat dedak yang terpaksa kita beli untuk diberi kepada ayam ternakan kita. kalau anda masih tak bersetuju dengan cara teman itu terpulang. Kepada mereka yang budget kurang, untuk permulaan anda bolehlah gunakan cara ini untuk menjimatkan kos. Selain dari makanan ini, anda juga boleh mengutip sayuran terbuang dari pasar malam ketika semua penjual dah balik. Pilih sayur yang masih baik dan bukannya dah berair atau dah terlalu busuk. Anda hanya perlu membilas sekejap dan membuat saringan supaya ternakan anda dapat bahagian yang masih baik.

Itu sahaja post teman mengenai makanan ini.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Dinara Agro Farm said...

Banyak ke skali ambil sisa makanan?