Pages

Bantuan kepada penternak kita!!

Salam,

Semua orang tahu yang ada beberapa penetrnak kita yang telah mengalami masalah serangan penyakit dan yang paling merbahaya adalah serangan sampar. Bagi kita tiada apa yang lebih menakutkan dari kehilangan ternakan yang dibelai selami ini dengan penuh kasih sayang. Bagi yang betul2 menentu ukurkan ternakan mengikut harga pasaran, setiap ekor ayam yang berkokok atau yang lalu didepan mata dilihat sebagai duit yang merayap. Kalau ada 10 ekor yang lalu yang dinampak adalah RM 200 yang ada didepan mata. Begitulah pelbagai cara kita menilai ternakan. Ada juga yang melihat ternakannya adalah ternakan tek ternilai harganya sehinggakan ada yang menawarkan pembelian harga yang gila2, pemiliknya masih enggan menjual.

Namun, kalau diperhatikan selami ini apabila ada penternak yang menghadapi masalah penyakit direban terutama yang menyerangnya adalah sampar, kita hanya melihatnya dengan mata yang sayu dan mengirimkan doa agar pemilik akan pulih seperti biasa. Sebenarnya reban citypull pun tak lepas dari menghadapi masalah yang sama. Dengan jumlah ternakan mati melebihi 200 ekor sebelum ini, kami juga pernah lalui saat sedih dan perit apabila melihat ternakan diserang penyakit kejam ini. Yang paling memeritkan adalah kepenatan mengali lubang untuk menanam ternakan.

Apa yang cuba teman sampaikan disini adalah, cita2 kita sebelum ini untuk berpersatuan. Memang pada hematnya, jika kita ada persatuan, kita nampak lebih gah dan lebih berorganisasi. Banyak aktiviti boleh dijalankan dan perjumpaan demi perjumpaan lebih mudah dilakukan. Namun bagi teman, untuk bersosial dengan berpersatuan memerlukan lebih dari perjumpaan semata2. Dengan adanya persatuan, politik, admin, pemilihan kuasa dan perebutan yang tak sepatutnya akan dengan sendirinya berlaku. Tambahan pula bila persatuan berada dalam naungan kaki yabg besar sehinggakan persatuan tersebut menjadi besar dan terus besar. Dan yang paling biasa akan kita lihat adalah, kepayahan ajk atau mereka yang berada dalam persatuan ini untuk memenuhi permintaan atau tuntutan dari mereka yang menyertai persatuan, Ini kerana telah menjadi kebiasanya kita jika berpersatuan atau memasuki sesuatu organiasasi, kita hanya berminat untuk mendapat manfaat atau bantuan percuma. Jika tiada kepentingan, mulalah persatuan tersebut dikritik hebat dan mengatakan org yng bertungjus lumus didalamnya tak tau nak buat kerja. Yang paling hebat kritikan itu menjadi lebih berat sehingga mencapai taha menghina dan mengutuk.

Oleh itu, sebelum kita terus memikirkan tetang persatuan atau ada kelab, adalah lebih baik agar kita buat masa sekarang mengadakan satu trend atau satu budaya untuk membantu mereka yang menghadami maslaah serangan penyakit sehingga memusanahkan ternakan mereka. Mulai sekarang, apabila terdengar sahaja ada ada dikalangan penternak kita yang menghadapi masalah ini, kita akan membantu dengan menyumbang sedikit ternakan untuk membantu penternak pulih semula selepas serangan. Ini bermakna kita akan menyumbang ternakan merupai mungkin sepasang induk jantan dan betina atau seekor jantan dengan beberapa ekor ibu ayam untuk sahabat kita mula menternak semula apabila telah membersih reban. Jika ada 10 penternak lain yang membantu, teman rase dalam sedikit masa sahaja kita dalam membantu rakan ternakan kita yang dilanda masalah. Berapalah sangat nialai kalau kita membant dengan 2-3 ekor ternakan kita tetapi teman rasa bagi mereka yang menerimanya mungkin akan berpikir disebaliknya.

So kalau anda semua bersetuju, kita boleh mulakan dengan membantu saudara ajin kita untuk permulaan. Cuma pastikan reban beliau telah benar2 pulih dari masalah penyakit dan ternakan tadi dapat hidup semula. Selepas ini apabila kita terdengar ada pentenak lain menghadapi masalah yg sama, satu usaha sepertinya akan kita lakukan. Harapan teman, inilah cara terbaik kita untuk bermasyarakat atau mengwujudkan satu jaringnan berpesatuan sebenarnya.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram