Pages

Upgread reban kali ke-2





Salam..
lama tul tak update reban pasal terlalu sibuk benar berada dalam reban dan menyiapkan tempahan incubator dari kengkawan.. dalam aal bulan lepas banyak sekali kejadian mencuri ayam dan ternakan lain berlaku kat kampung nie.. termasuk la reban aku skali.. kos kehilangan dekat RM 1000 termasuk 32 ekor angsa aku yg dah matang.. panas hati punya pasal.. satu langkah drastik dilakukan dengan memasang pagar disekeliling reban disamping membesarkan lagi reban mengikut keluasan tanah yang ada..
dahulu dinding reban dibuat dari jaring hijau yg penghujung bawahnya ditanam bagi menggelakkan pemangsa masuk.. tapi kalau pemangsa berkepala hitam pintu besi pun dia buka.. so dengan adanya pagar dari zink ini diharap aktiviti pencurian dapat dikurangkan terus sbb sukar sikit nak pecah masuk kerana zink akan mengeluarkan bunyi bising kalau dipecah.. ternakan terasa lebih selamat kerana tak dapat melihat keluar dan tidak sibuk untuk cari jalan keluar untuk bercampur dengan ayam hutan yg selalu duk menggoda dari luar reban..
Alang2 dah upgread reban aku cuba nak praktikan rekabentuk reban yg biasanya dilakukan oleh penternak skala besar.. antara ciri rekaan tersebut:
1.reban memepunyai bahagian2 yg dipisahkan dari reban induk..
2. setiap jenis ungas harus mempunyai 3 bahagian reban iaitu.. reban asuhan umur 1-2 bulan, reban pra matang untuk menempatkan induk jantan atau induk yg tidak kita hendaki untuk proses pengawanan dan satu reban induk..
3.reban perlu selamat dah mempunyai kawasan teduhan yang mengcukupi
4.reban dibina mengikut keperluan ingas atau ternakan itu sendiri seperti itik dengan kolam air, ayam dengan tempat bertenggek dan sebagainya..

Namun setelah lebih sebulan mengadap reban dan tangan dah naik kematu masih taksiap2 lagi reban yg diidamkan.. yg siap hanya 3 bahagian reban dari 9 yg dirancang dan bumbung serta dinding sahaja.. sepatutnya reban yg diidamkan mempunyai ciri tersebut..

1. mempunyai pintu masuk berlapis untuk elakkan ayam keluar,
2. ada tempat basuh kasut didepan pintu reban..
3. stor kecil untuk simpan dedak dan peralatan takyah nak bawak dedak ke belakang hari2
4. satu D/B khas kat dlam reban yg disambung dari rumahuntuk memudahkan buat suiz n plug didalam reban..
5. buat satu danau atau pankin untuk pengunjung lepak dalam reban..
6. singki dengan sumber paip serta tanki simpanan air sekiranya berlaku bekalan air putus..
7. saluran longkang yg lebih baik untuk mengatasi banjir kilat dan air bertakung apabila hujan lebat turun
8.reban pengasingan yg boleh merawat ternakan..
9.dan tempat asuhan (brooder) khas untuk anak ayam selepas umur 2 minggu pasal sekarang aku duk simpan dalam bilik khas dalam rumah anak yg masih dalam brooder..

harap2 sebelum puasa nie dapat disiapkan semua..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram