Pages

bila kolam simen dah siap..




Gambar paling atas gambar tapak baru bersebelahan dengan kolam yang dah siap dibina. Sementara menunggu tempoh pantang sebelum diisi dengan air... kitaorg start buat tapak kongkrit kat sebelah, tambahan kolam sebanyak 20 kolam lagi. so kesemuanya ada dalam 32 kolam. dalam cadangan kami, kalau ada 30 lebih kolam dgn setiap kolam dapat mengisi 5000 ekor keli.. jumlah keseluruhan ikan dalam kolam dekat 150 ribu ekor.. kalau 6 ekor sekilo.. dan sekilo harga dia dalam 4 ringgit.. jumlah pendapatan dalam satu pusingan... WOW!!! kayo pakcik.. hehehehe. Persoalannya benarkah kiraan diatas paper sama dengan realiti? tepuk dada tanya pengalaman anda sendiri...
Gambar kat sebelah dia pulak adalah punca air kami dari parit untuk kolam. Air hanya diambil bila lepas ujan sahaja untuk menjamin kualiti air.. tgk jernihkan air dalam parit tersebut. Namun punca utama kolam air kolam kami adalah dari air perigi. Namun kurang baik kerana air perigi kurang galian dan kandungan organikny. Kolam sekarang adalah kolam berdinding simen dan berlantaikan tanah yang telah dipadatkan di dasarnya. Apabila air dimasukkan, ia hanya mampu menakung air selama 2 hari sahaja.. pastu terus surut kering kontang. Masa aku skolah bab-bab perikanan dulu, kolam yg dorang buat dapat menampung air agak lama.. tu yg aku tak paham tu.. sudah-sudahnya kami terpaksa menambah kongkrit dasar kolam.. kongkrit 3 inci tebal pakai BRC.. Semua budget simen untuk buat kolam tambahan kat sebelah dah lari.. kira punya kira akhirnya pembinaan tambahan 20 kolam yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dulu..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram